Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. (Bukan akulah.. aku kene campak 2 kali masa kecik sekali ni bila dah tua..)Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari sebelum dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:- Demam tinggi (Yup.. memangpun.. kejap-kejap panas kejap-kejap ok plak)
- Batuk, selsema dan sakit tekak (em..tak sangatt)
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya (tak langsung)
- Sakit otot (tersangatlah betul.. ada one day tu sakit lutut beriye macam seliuh je. Esok nye pulak sakit pergelangan tangan)

Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.
Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah. Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
p/s.. Kalau ikut kata orang-orang tua bila demam campak jangan dimakan ubat spital. Nanti takut campaknye terus masuk semula. So next time campak tu akan kuar balik.. Kebanyakan orang memang kata gitu. Kalau nak tahu campak dah habis kuar ia kana sampai ke tapak kaki. Tapi campak aku sampai ke pergelangan kaki je.. Tunggu-tunggu tak gak kuar.. Last-last tengok dah surut je.. Habis dah kot :). After these 4 days campak aku bleh kata 98% takde leaving some scratch marks here and there bekas-bekas garu.. Cuma adalah nampak merah-merah kat muka tinggal sisa-sisa nak tunjuk kat kawan-kawan hehe...

No comments:
Post a Comment